Skandal curi dengar telefon James_Murdoch

Pada 7 Julai 2011 mengumumkan penutupan akhbar tabloid News of the World ekoran Skandal akhbar News of the World godam telefon. Akhbar berusia 168 tahun itu terpaksa ditutup kerana skandal yang memalukan dan berhadapan dengan tuntutan pampasan jutaan ringgit. Edisi terakhirnya ialah pada 10 Julai 2011. Akhbar tabloid itu dicetak 2.3 juta naskhah setiap minggu.[1]

Pada Julai 2011, James Murdorh dan bapanya Rupert Murdoch dihadapkan ke Jawatankuasa Parlimen Britain berhubung tuduhan mencuri dengar perbualan hampir 4000 nombor telefon dan membayar rasuah kepada penyiasat polis bagi mendapatkan berita terkini.